Sunday, October 2, 2016

RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS



Bahan-Bahan: ( 1 ekor ayam )
  • 1 ekor ayam (dipotong)
  • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • Sebesar saiz ibu jari belacan
  • 1 batang serai (dititik)
  • 50gm daun kesum
  • Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
  • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:
  • Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, dan belacan.h
  • Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
  • Masukkan ayam, bunga kantan dan daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
  • Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam. Gaul sebati dan tambahkan air.
  • Tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan.

No comments:

Post a Comment